Assalamualaikum u ols, da singgah, sudila follow ye, i will follow u back..lau yang xsuka tu xpayah la nk ckp bukan2 kt cni, boleh je terus tekan butang pangkah tu,mekaceh ^_^

my cayunks!! =)

::Kenali jenis kulit anda dan cara menangani mslah kulit anda::

::Assalamualaikum::

gadis bery ingin berkongsi....

Kecantikan adlah satu perkara yg sngt subjektif yg mna rasanya smua org berhak utk memilikinya. Sape yg xnk cantik berseri kn?? Tapi, kadang2 tu mslh pd kulit wajah sering menjadi msalh lg2 pd kaum hawa yg mementingkan penampilan dan kecantikan wajah. Baik masalh kulit berminyak, kulit kering atau apa2 sahaja yg sewaktu dengan nye. Namun, actually, betul ke kita benar2 tahu and kenal wajah kita sebenarnye?? Do you really know ur skin type bfore u applying any product on your face??? Apa mslahnye?? Kalau kita xbetul2 mngenali mke kita, dikhuatiri msalh pd kulit wjah akn bertambah teruk.

Ok, xpyah la nk membebel bnyak sgt kn,hehe..Jom same2 tgok and knalpasti kulit wajah masing2 macam nih:
first, apa yg korang rasa bile korang cuci mke??
~ kalau rasa kering & tegang-bermkna kulit korang jenis yg kering.
~kalau rasa kering & rasa gatal kt sesetengah tempat-bermkne kulit korang adlh kulit yg sensitif
~kalau rasa ok & sgt nyaman-bermkne kulit korang jenis yg normal
~kalau rasa lembut & kering kt sesetengh tmpt-bermkne kulit korang jenis kombinasi
~kalau rasa lembut & nyaman-jgn happy sgt,brmkne kulit korang jenis yg berminyak

second, apa pulak yg korang rasa pd wktu siang nye??
~kalau kulit klihtan xrata & mcm bertompok-mknenyer kulit korang jenis yg kering
~kalau kulit xrata & bertompok & nmpak merah2-mknenye kulit korang jenis yg sensitif
~kalau kulit nmpak segar & bersih-kulit korang emang jenis yg normal
~kalau nmpak berkilat at T-zon-kulit korang jenis yg kombinasi
~kalau nmpk berkilat kt sluruh wajah-mknenye kulit korang jenis yg berminyak.

Rasanye mslah kulit yg paling popular sekarang adlh jenis kulit yg berminyak dan jenis yang kering, betul ta??
Actually, kulit kita sememangnye dikurniakan dgn minyak semulajadi bertujuan mengekalkan kelembapan. TAPI!!jika kulit mengeluarkan minyak yg berlebihan, kulit akn kelihatan sgt berminyak. Walaupun msalah kulit berminyak ni da mcm biasa dihadapi oleh semua,ia tetap menganggu kerana minyak berlebihan akan menyebabkan wajah berasa lekit dan tidak selesa, Dan lebih merungsingkan apabila kulit yg berminyak cenderung menghasilkan JERAWAT yg sgt ditakuti oleh golongan hawa sekalian.
So, cik bery ada share beberapa petua menangani KULIT BERMINYAK:
1. Gunakan pelembap bebas minyak( ofcos)
2. bersihkan kulit wajah 3 kali sehari dgn pembersih yg sesuai. (sebaik2nya berasaskn timun&aloe vera)
3. gunakan mask khusus 2 kali seminggu. (sebaik2nya berasaskan yogurt)
5. gunakan toner setiap kali selesai mencuci muka.
6. elakkan solekan tebal dan mlekit (cbe beli produk bebas minyak)
7. minum kuantiti air yg bnyak (2 -3 litres water per day)
8. bersenam selalu (jgn mls2)


KULIT KERING pulak mcm mana??Kulit kering memang menyebabkn rasa tidak selesa dan kurang menarik. Actually, msalh kulit kering ni boleh berlaku maybe disebabkan faktor keturunan, penuaan, penyakit seperti tiroid,asma tapi mostly adlh disebabkn faktor luaran. Kebanyakan masalah kulit kering dikaitkan dengan penggunaan pencuci wajah. Pencuci wajah mempunyai bahan alkali yg akn memberi kesan kepada kulit. Mungkin produk yg korang gunakan mengandungi bahan kimia yg terlalu kuat utuk kulit korang. Dan menyebabkan kulit menjadi lagi kering dan menggelupas.

Dan, kt cni jgak cik bery nk share beberape tips utk penjagaan KULIT KERING:
1. elakkan mandi terlalu lama.
2. elakkan kekerapan mandi dengan air panas.
3. cuci muka 2 kali sehari (terlalu kerap menyebabkan kulit rosak)
4. sebaik2nya gunekan pembersih susu untuk menanggalkan make up pd wajah.
5. elakkan bahan kimia seperti 'paraben' dalam produk wajah.
6. hindari makanan yg mengandungi garam berlebihan.
7. basahkan wajah terlebih dahulu sebelum menggunakan pencuci muka.
8. gunakan pelembap mke yg berasaskn air
9. sapukan krim pelembap ketika kulit masih lembap. (supaya dpt memerangkap kelembapan).
10. minum air dalam kuantiti yg bnyak.

Lagi TIPS untuk kecantikan kulit wajah:
~minum air masak sebelum memberus gigi sebab enzim air liur pd wktu pagi akn membuatkan korang awet muda tau.
~bersihkan solekan sepenuhnya terlebih dahulu sebelum mencuci wajah agar semua kotoran akn tertanggal.
~bersihkan solekan sebelm tidur.
~bersihkan wajah sekurang-kurangnya selama 1 minit.buat masker dengan buah tomato dan cuci pd keesokannya dngn air suam utk menghaluskan kulit.
~sapu yogurt selama 10 minit pd jerawat dan cuci guna air suam utk mengecutkan jerawat.
~dapatkan tidur dan rehat yg cukup.

So, dah kenal da?? sangat penting untuk mengenali kulit wajah korang samada kering,berminyak,kombinasi atau apa2 shja supaya korang xtersalah menggunakan produk harian korang tau. Apa yg penting, penjagaan kecantikan bukan sekadar pemilihan atau penggunaan produk semata-mata, perlu jugak seimbang dengan mengamalkan cara hidup yg sihat seperti tidur yg cukup, diet yg seimbang dan bersenam utk kesihatan. Then, gunalah produk wajah yg bersesuaian dengan kulit wajah masing2,ok!


itu saja. Perlu tidur yg cukup,hehe..tata..


::tata::


cik beRy caYunK koRang keTat-keTat !! suke?? like laa, ^_^

::Tips Penyesuaian Kaca Mata::

:: Assalamualaikum ::

gadis bery ingin berkongsi....

sapew yg rasa pakai kaca mata cer angkat tangan ^_^
Nak tnya nih, pemakaian kaca mata sekarang nih da jd satu trend ataupun keperluan untuk korang??
Apa2 la kn..pAPEpom alasan yg korang cube nak bagi, korang mesti nk jugak tampak bergaya, menarik kau memang da bomb!.Mesti rase pelik kalau pakai kaca mata yg xsesuai dengan bentuk wajah korang. Walaupom kt pasaran sekarang terdapat pelbagai model, bentuk mahupun motif, are u sure dat kaca mata really suit u best dear??
So, ini ada beberape informasi dan tip yg tepat untuk memilih bentuk kaca mata yang sesuai dengan bentuk wajah korang.

Ok, first step, korang need to know bentuk mke korang terlebih dahulu then baru kaca mata yg sesuai:
dikategorikn sebagai bentuk muka yg sngt ideal bcoz nisbah keluasan yg menarik. Kawasan di bahagian pipi adalah lebih kecil berbanding dengan kawasan dahi dan tulang pipi selalunya lebih tinggi.
kaca mata yg sesuai: apa2 bentuk pom sesuai untuk mke bentuk oval nih. Tapi,kalau nk kesan lebih menarik, pilih kaca mata bentuk mata kucing. But, saiznye jgn terlalu besar.

Bagi bentuk oblong, muka lebih panjang dan runcing, Kelihatan mempunyai garis lurus pipi yang panjang dan kadang-kadang mempunyai garis hidung yang juga panjang.

kaca mata yang sesuai: pilihlah bentuk kaca mata yang sedikit besar sehingga ke tulang pipi bagi mengurangkan kepanjangan muka.

Bagi bentuk segitiga, muka mempunyai kwasan dahi yg kecil manakala kwsan rahang ,pipi dan dagu yang luas.
kaca mata yang sesuai: kaca mata yg sesuai ialah kaca mata half-frame. Selain itu, bentk mata kucing jgk boleh digunakan.

Bentuk muka bulat lebih lebar dan pnjang muka mempunyai nisbah yang sama dan tidak mempunyai sudut.
kaca mata yang sesuai: pilihlah kaca mata yg berbentuk petak utk mengurangkan muka kelihatan bulat.

dikategorikan sebagai wajah yg unik kerana muka lebar dibahagian dahi. Tulang pipi dan rahang seimbang sehingga terbentuk seperti kotak atau persegi.

kaca mata yang sesuai: untuk mengurangkan bentuk petak tersebut, pilihlah kaca mata berbentuk bulat atau bujur. Selain itu, boleh jgak pilih kaca mata berbentuk vintaj.

Muka berbentuk hati mempunyai kawasan dahi yg sangat luas dan tulang pipi yg sngat tinggi. Bahagian dagu pulak kecil berbanding bahagian dahi.

kaca mata yang sesuai: bentuk yg paling sesuai adalah kaca mata tanpa bingkai.

muka bentuk berlian disifatkan sebagai kawasan yg sempit pada mata. Rahang,sera dahi dan pipi yg kecil. Tulang pipi pulak selalunya tinggi dan agak jelas kelihatan.
kaca mata yang sesuai: pilihlah kaca mata yang mempunyai bentuk bahagian atas yg rata dan melengkung di bahagian bawah.

dah kenal2?? boleh la pegi buat kaca mata baru,hehe..
itu sahaja,
::tata::

cik beRy caYunK koRang keTat-keTat !! suke?? like laa, ^_^

:: euww..pembersih katanya, iyeke? ::


:: Assalamualaikum ::

Hari ni rasa nk citer pasal bersih pulak. 'euuwww...kotornyew'. 'slekehnyew'. 'Tak sanggup aku nk duduk cni laa,kotor'. Bile agaknyer word macam ni akan kite dengar. Yup! ofcos bile ada tempat2 yg kotor and orang2 yg pembersih lagaknya, mulut tu mcm2 la word yg keluar nnti. Ermm, da cermin diri dulu tak? Pendapat korang la, apa takrif kebersihan sebenarnya. Adakah sekadar memberus gigi, gigi tersusun rapi, putih bersih, berkilat. Bangun pagi2, mandi sepuas-puasnya, habis mandian satu botol tiap kali mandi atau berpakaian bersih, segak dan anggun bergaya?

Betul la tu, syabas! anda memang seorang yg bersih dan kemas. Tapi, kesihatan anda pulak macam mana??? Kalau korang rasa korang memang seorang yg pembersih dalam semua aspek, smestinya korang tahu yang kesihatan dan kebersihan tidak boleh dipisahkan if korang nak kehidupan yg sihat, bersih dan sejahtera..yeahh, dats right~


Kita memang mandi utk membersihkan tubuh badan yg letih dan seharian buat kerja. Itu fizikal kita, dalaman pulak? Bahagian dalaman kita pun perlu dibersihkan jugak. Macam mana? meh nk bgtaw. Bahagian dalaman kita dibersihkan dgn memastikan proses penghadaman dan perkumuhan x terganggu. Kalau korang ada jadual seharian, tubuh kita jugak secara semulajadi nye ada jadual tetap utk menyempurnakan setiap tugas.

Kitaran tugas pertama - (pembuangan sisa perkumuhan 4.00 pagi-tengah hari)
Waktu ni makanan yang kita dah makan akan diproses dan dibuang via perkumuhan, jika korang makan banyak selepas tengah malam, means dat korang dah pun mengganggu tugasan pd peringkat pertama nih. Badan sgt memerlukan bnyk tenaga utk menghadam makanan berbanding korang mengayuh basikal time petang2 tuh, lbeh bnyak tenaga dperlukan berbanding korang berenang ataupun berkebun(sapew la yg rajin nih,huhu). Kesannya keesokkan hari badan korang akan lemah xbermaya coz terlalu bnyak tenaga digunakan utk memproses makanan. Tu yg ase malas nk bangun jep, nk tolong mak ayah kt umah pagi2 tuh, berat jep. Kesian kat mak ayah. Selain tu jgak, kalau perasan, perut akan terasa senak coz xdpt nk membuang dgn baek. Pada waktu pagi mcm ni disarankan supaya kita breakfast awal dan selepas jam 8.00 pagi, jgn makan lg dah.
Kitaran tugas kedua - (awal pagi hingga 8.00 malam)
Selepas jam 12.00tgh hari, korang boleh makan lunch macam biasa,tapi!! jgn mkn terlalu bnyak. Sebab, bila kita mkn bnyak, tu yg menyebabkan badan penat dan rasa mengantuk, coz tenaga banyak digunakan utk penghadaman. Of cos, make sure hidangan kita tuh tak terlalu bnyk kndungan kolesterol dan berlemak kerana bahan mknan yg mcm nih susah utk dihadam. Mengikut kajian, masa yg diperlukan utk proses penghadaman mknan yg berlemak memerlukan lebih dari 24 jam.Fuh~
Kitaran tugas ketiga - (Penyerapan tenaga 8.00mlm hingga 4.00pagi)
Yeah...inilah masa makanan dicerna menjadi tenaga dan diserap ke seluruh anggota. So, korang perlu makan awal sebelum tidur supaya makanan dpt dicerna dan kelak dibuang pd waktu yg telah ditetapkan. Ok ta??

Jika ketiga-tiga proses ni diganggu, ia akan menyebabkan berlaku pemendapan toksid yg menyumbang kepada pertambahan berat badan. Macam mana nak atsi? Masalah ni boleh diatasi jika proses metabolisme kita seimbang. Bebudak Biology lagi tau nih,huuhu..
Tubuh kita ni sememangnya sudaa diprogramkan utk menerima makanan dalam bentuk semulajadi dgn jumlah yg ditetapkan. So, jika bentuk makanan berubah, ia mengganggu proses penghadaman coz ia memerlukan lebih masa dan tenaga utk pencernaan. Makanan yg tidak dpt diproses pd waktu yg ditetapkan turut menjejaskan proses perkumuhan. Effectnya?? lebih bnyak sisa makanan terpendam di dlm badan dan akhirnya menjadi toksid.

Bersih ta badan kita?? Toksid bukn shaja kotor dan beracun tetapi timbunan nya membuatkan berat badan bertambah. Tapi, mostly, ia tak berkumpul pada organ penting seperti jantung dan paru-paru tetapi mendap pd bahagian2 seperti bawah dagu, perut, pinggang, bawah lengan, peha dan punggung. But, awas!! walaupun mcmtu, still kne berjaga2 ok.

Kesimpulannya?? of cos, kita perlu bijak memilih makanan agar dapat membantu mengimbangi tahap metabolisme badan serta melancarkan sistem perkumuhan. And, jgn sekadar bersih luaran semata..Dalaman jugak kne diambil berat..Same2 kita menjaga kebersihan dan kesihatan yew..



cik beRy caYunK koRang keTat-keTat !! suke?? like laa, ^_^

:: math, math, math, and math lagi.. ::

Assalamualaikum..

agak2 nyew ap yg cik bery na mrepek lagi nih?
math
math
math
.
.
.
math lagi..
ok, just straight to the point
ye, math lagi..coz my heart full of numbers and notation,uh~


I do the same in my freindship
Friends should be like any number and zero
when u try to add, u will get da same number
when u try to substract, u will get also the same number
but, when u try to divide them,
they are not defined


syg mereka same ajep, xde beza2 k.



but, if i try to differentiate them, i will get nothing.
coz when u differentiate any constant number, u will get zero..

lagi about math..
nyumm2x


lagi kt cni..
math is pure..


kt cni ad bebape link utk mathematician, explore urself:
ur future is in your hand..
just make a move
::insyaAllah::


cik beRy caYunK koRang keTat-keTat !! suke?? like laa, ^_^

:: sifat Al Haadi & Google maps ::

:: Assalamualaikum ::




rahsia cik bery hari ni pasal



"Dayad, tau tak tabung haji kt mana?"
"tak tau la aten, xsure. Cube tgok google map, aten kn ad broadband."

ok, cik bery pom on lappy, pegi kt mr.google n search for tabung haji area jb.

"Dayad, ada bnyak ni. kt pulai, larkin, jb pom ad. jalan dewata, jalan ayer molek. Yang mane satu? "

"xtau la aten."
"camner nih, da tengok daa google map ni. Dah dpt tgok peta tapi still xdapat nk bayangkan lah"

Google maps


Tau x google maps tu mende ape?? meh nk bgtau. Google maps ni merupakan satu application service yg disediakan oleh cik google, nma pom google map en. Google map nih mnunjukkn jalan atau kedudukn sesuatu tempat, perancangan perjalanan seluruh dunia. Masukkan je tempat mana yg nk korang jelajah, nnti kua lah..and ad jgak..

Google Earth


Google earth ni merupakan satu perisian komputer yg menunjukkan gambaran seluruh muka bumi daripada pandangan satelit secara 3D. Kita leh melihat kedudukan mana-mana tempat yg kita nk tengok secara wide view atau 'turun' melihat tempat yg ingin diterokai dgn lbeh dekat dgn hanya menggerakkan cursor.

"Alaa, leceh laa tgok mende nih..cmner ni Dayad?"
"tak tau. kita carik je laa."
"em...carik je ek, Aten ase mcm tau, tapi, xsure sgt."

emm, pastinya...just melihat peta sahaja tidak akan membawa ke tempat yg dituju selagi perjalanan tidak dimulakan.
Allhamdulillah..perjalanan dimulakan dan cik bery,dayad,ena and sharil yg ekot serta selamat sampai ke tempat yg dituju tanpa menghadapi banyak masalah.
Thanks kwn2!.

"Learn from your experience"

daripada apa yg dah cik bery alami sendiri, tibe2 terlintas kt kepala nih mcm mana plak setiap manusia memulakan kehidupan kt dunia nih tanpa ada 'peta panduan'. Banyak perkara dlm dunia ni seakan kita tahu mungkin sebab kebiasaan tapi apabila sampai masa untuk betul2 bertindak, rupa2nya xbanyak yg kita ketahui.
Adakah "Google maps" ataupun "Google earth" yg perlu kita rujuk supaya ada panduan yg jelas untuk decide perjalanan hidup kita ni supaya tak sesat dlm kehidupan yg sering mengelirukan??.
Cuba kita tengok haiwan2 dalam dunia nih. Haiwan2 nih bergerak secara kumpulan dari kutub utara ke selatan tanpa pernah sesat atau silap. Diorang guna "Google maps" jugak ke??..
Jelas hanya Allah yang mampu memberikan mereka 'Peta Panduan'.
Itulah sifat Allah Al Haadi (Yang Maha Memberi Petunjuk) kepada semua makhluk.
Itu kepada haiwan, kepada kita, manusia macam mana pulak?? Allah telah membekalkan 'peta' dan petunjuk kepada semua makhluk ciptaan Nya dengan cara-Nya yg tersendiri. Dia juga menyediakan kita peta kehidupan yg cukup jelas kerana manusia telah ditentukan untuk menggalas amanah sebagai khalifah di muka bumi ini. Kitab Al-Quran sebagai panduan peta kehidupan dan Rasulullah sebagai contoh teladan.
Kita macam dah biasa dengan Al-Quran, dari kecik lagi parents da hntar pegi mengaji, mungkin dah ramai yg khatam Al-Quran, ramai yg merasa 'biasa' dengan kandungan Al-Quran, merasakan dirinya tahu pentafsiranya setelah belajar dan mengkaji. Tapi, macam penggunaan cik bery denagn Google maps td, cik bery dah tengok 'jalan-jalan' yg perlu dilalui secara visual..tapi, still xdapat kepastian selagi xbetul2 buat tindakan dgn memulakan perjalanan..semestinya tidak semudah itu. Kemudian, cik bery terfikir, seramai mana yg akan dapat panduan tu, siapa pulak yg akan betul2 mendapat panduan dan petunjuk yg benar??.
Kadang-kadang..Akal sudah tidak mampu mencari..

"Ya Allah...berikan kami petunjuk sebagaimana Engkau memberi petunjuk kepada orang-orang yang telah mendapat petunjuk.."
- (makna sebahagian daripada doa Qunut)-

hurmm..Peta kehidupan sesungguhnya sudah mencukupi. Terpulang lah pada diri kita sendiri utk bertindak dengan panduan yg telah Dia Al Haadi sediakan utk kita...


P/S: peringatan buat diri cik bery sendiri dan kwn2 yg disayangi..



cik beRy caYunK koRang keTat-keTat !! suke?? like laa, ^_^